FREE SHIPPING for orders over RM200.00 (West Malaysia only)
RM10.00
Bestnya Doa! - Himpunan Doa Harian untuk Anak-anak
Price RM10.00
Product SKU SB-BD
Brand Siri Bestnya!
Availability In Stock
Quantity
Description

Bestnya Doa!

Buku Bestnya Doa ini mengandungi 33 doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak. Bestnya Doa ini adalah alat bantu mengajar bagi ibu bapa memupuk persekitaran yang berakhlak dan beradab sesama keluarga. Dengan aktiviti baca dan hafal beserta kandungan yang penuh komik dan infografik, kami tim Siri Bestnya percaya ia dapat menarik minat anak-anak membudayakan pembacaan doa dalam kehidupan seharian mereka.

*****

Bestnya Solat!

Checklist Rukun Solat
1) Niat
2) Berdiri Tegak
3) Takbiratul Ilham
4) Membaca Al-Fatihah
5) Rukuk serta Toma'ninah
6) I'tidal serta Toma'ninah
7) Sujud serta Toma'ninah
8) Duduk di antara dua sujud
9) Duduk Tahiyyat Akhir
10) Membaca Tasyahud Akhir
11) Selawat selepas Tasyahud
12) Memberi Salam
13) Tertib

*****

Bestnya Puasa!

Seperti buku Siri Bestnya sebelum ini iaitu Bestnya Solat! dan Bestnya Doa!, buku ini telah menampilkan imej segar dalam menyampaikan mesej Islam kepada anak-anak.

Antara kelebihan buku Bestnya Puasa! ini adalah:

1. Grafik yang menarik dan berwarna-warni.

2. Jalan cerita yang menyeronokkan bagi kisah Fateh dan keluarganya.

3. Penjelasan ringkas tentang hukum-hakam puasa, fadhilat puasa, fadhilat bulan Ramadan. Kesemuanya merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah dan pendapat fiqh dalam mazhab Syafie.

4. Mempunyai doa-doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan yang dibaca oleh para ulama.

Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan sekeluarga. Tanpa ragu lagi buku ini sangat bermanfaat untuk anak-anak. Saya sangat gembira kerana menjadi individu yang pertama membaca buku ini, dan tidak sabar untuk melihat ia dibaca oleh anak-anak kita.

Semoga Siri Bestnya terus sukses dan komited menghasilkan bahan-bahan bacaan ilmiah yang berkualiti dalam gaya komik yang sentiasa menarik minat setiap lapisan masyarakat.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews